Covid Gelombang Kedua di Malaysia
Hi assalamualaikum. I feels like blogging today. Hari ni tak macam kebiasaannya. Datang 7.15 pagi jalan lengang je. Murid takde yang melintas jalan. Datang sekolah rasa kekok je sebab kurang bunyi suara dan gelak tawa anak-anak. Hari ni adalah hari ke empat kes Covid di Terengganu meningkat semula. Kalau Naa jadi parents pon Naa takut nak hantar anak datang sekolah. Yelah budak2 kan seribu kali cakap suruh ikut SOP pon dia langgar jugak. Yelah budak kecik, what do you expect kan?
(lengang, kosong je)Hari ni masuk kelas mengajar, separuh tak datang. Tak tau nak mengajar ke tak, kalau ajar nanti yang tak datang tu ketinggalan. Kalau tak mengajar kesian pulak dekat yang datang ni. Terpaksalah buat aktiviti2 yang boleh mengisi masa dan jugak pada waktu yang sama mereka ni tak boleh nak berjalan bergerak dan buat aktiviti berkumpulan. Susah ye nak mengajar bila ada halangan2 tersebut. Okay sekarang ni kalau ikutkan hati dah lama dah balik Kelantan. Tapi disebabkan ada benda2 ni yang mungkin kita pon berisiko untuk dapat terpaksalah bersabar kan. Nanti tak pasal2 wujud kluster baru. So untuk aktiviti2 musim pkp ni, I feels like doing a draft tentang sesi2 pengajaran yang boleh diaplikasikan dekat murid2 tapi tak tau la amende nak buat haha. Tapi walau apa pun yang berlaku I am still grateful sebab masih sihat dan selamat. Setakat ini la..... Semoga nanti pandemik ni reda boleh la pi vacay jenjalan satu Malaysia. Haih bosan betul, nak pergi sana sini penuh penyakit.
Rasa best jugak sebenarnya sekolah lengang. Murid yang datang pon takdelah berebut2 walaupun diorang tak jaga SOP but still kalau ada merebak pon, kurang la sikit bilangan yang terdedah dekat penyakit tu kan. Oh ya baru teringat yang antara cara untuk kekal sihat dan kurangkan potensi untuk kena covid adalah dengan memastikan tekak sentiasa basah yakni selalu minum air. Okay lah setakat itu ajelah blog hari ni. Takde benda sangat pon nak tulis tapi tu lah saja bosan2 haha.
0 Comments