Korang pernah ke dengar tentang brand Biyougeneki ni? To be honest, masa mula2 dia approach Naa, I tak pernah dengar langsung tentang brand ni. So this time, dia bagi Naa pilih dua jenis lotion aka toner untuk direview. So Naa pilih dua jenis je iaitu Biyougeneki Moisture AP Lotion dan Biyougeneki Moisture VC Lotion. Basically Naa pilih dua ni sebab dia macam more to brightening. I mean sekarang ni tak berapa ada jerawat pon. Jadi nak focus pada parut2 dan bekas jerawat yang ada. Masa mula2 tengok brand ni, Naa memang teringat kat HADA LABO. Haha memang sebijik kan! Tapi tak kisahlah asalkan dia berkesan dan betul2 menjalankan tugasnya. 


(sama macam Hada Labo kan!)


Okay so far Naa belum try lagi sebab tak sempat nak bukak lagi. Cuma tu la this brand nak Naa post IGTV before 15 October. Memang boleh tunjuk texture dan first impression je la sebab baru je dapat. Takkan dua minggu pakai dah nak review, rasa macam tak valid pulak. Oh ya kalau korang nak tau, benda ni boleh dapat dekat Aeon Wellness ajer. Kat tempat lain takde lagi hikhik. Okay jom tengok dengan lebih mendalam. Mana la tau kot2 yang ni lagi best daripada Hada Labo kan. 



Ni ingredients untuk Biyougeneki Moisture AP Lotion

Water, glycerin, pentylene glycol, bg, placenta
extract, arbutin, 3-0-ethyl ascorbic acid, hydrolyzed
collagen, succinoyl atelocollagen, water soluble
collagen, trehalose, phenoxyethanol, sodium
citrate, citric acid, hydroxyethyl cellulose, sodium
hyaluronate, (Styrene / acrylates), copolymer.

* placenta tu Naa dah tanya dia kata plant based. Incase you guys wondering kan, so Naa tulis awal2 hihi. 



Ni pulak ingredients untuk Biyougeneki Moisture VC Lotion


Water, glycerin, bg, ascorbic acid palmitate 3na, 3-0
ethyl ascorbic acid, 3-glyceryl ascorbic acid, tocopherol,
biotin, pyridoxine Hcl, sodium ascorbate, retinol,
cyanocobalamin, cholecalciferol, lemon fruit collagen,
corn oil, tri (caprylic / capric acid) glyceryl, trehalose,
peg-40 hydrogenated castor oil, phenoxyethanol,
methyl paraben, hydroxyethyl cellulose, sodium citrate,
citric acid.

Okay will update selepas pakai and I will come out with more detailed review. Barulah puas hati baca review sebelum beli kan hikhik. 



0 Comments