BERCUTI DI PULAU PERHENTIAN (FAMILY VACATION)
(My Happy Family) |
Hi guys, okay so for this post, Naa nak share tentang vacation dekat Pulau Perhentian Besar. Fyi, bercuti di Pulau Perhentian Besar ni sangat sesuai kalau nak pi bercuti bersama keluarga. Untuk yang tak pernah pi Pulau Perhentian, untuk pengetahuan korang Pulau Perhentian ada banyak tempat untuk menginap antaranya, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil (Long Beach) ataupun di perkampungan nelayan. Masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2. Setakat ni, Naa dah pi Long Beach dan Pulau Perhentian Besar.
Aduh kasi can nak romantik sikit hihi |
Jadi untuk percutian kali ni, Naa pi sana untuk 3 hari 2 malam. Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sangat disarankan kalau korang nak murah, booking awal2 at least 2/3 bulan sebelum pi dan juga jangan pergi time hujung minggu. Tapi kami pi masa weekend since its a family trip dan time weekend je semua orang boleh join. Jadi kat bawah ni Naa nak share beberapa tips bercuti di Pulau Perhentian dengan perkongsian dan pengalaman yang ada.
1. LAGI JIMAT KALAU PERGI TANPA PAKEJ
Kos tanpa pakej :
1. Pengangkutan bot pergi balik (Rm70/person)
2. Bilik aircond (RM175/night) *boleh muat 4-6 orang
3. Snorkeling (RM70/person)
4. Makan (bergantung pada banyak mana korang makan)
5. BBQ (RM28/person) *half price untuk kanak2
Basically RM200 lebih untuk seorang selama 3 hari 2 malam kalau pi sendiri. Kalau ikut pakej, RM360/person. Jimat bukan kalau pi sendiri. Untuk bekeluarga better pi sendiri la bagi pendapat Naa. Kat sana panas, kalau ada baby kecik sangat tak selesa kalau bilik takde air cond. Kalau gerak solo, boleh tido dalam khemah lagi murah. Tapi share satu bilik RM175 bahagi 5 orang baru RM35 untuk seorang. Okay harga yang Naa tunjuk tu adalah untuk bilik di Fauna Resort.
(Credit Source : Google)
Ni gambar resort yang kami duduk. So far okay je dan sangat selesa. Just jangan la nak jimat sampai nak duduk 12 orang satu bilik hehe.
(Credit Source : Google)
(Credit Source : Google)
Ni pulak pemandangan dari resort. Ada jaring volleyball boleh la main petang2 untuk santai2 bersama keluarga kan. Serious best teruk main dengan family dari yang budak2 sampai mak budak main sama2.
2. TAPAU MAKANAN SEBANYAK YANG BOLEH DARI RUMAH
(Gambar makan BBQ untuk malam kedua)
Tidak dapat dinafikan di tempat2 sebegini makanan/minuman dan apa2 sahaja yang dijual amat lah mencekik darah harganya. Jadi, kalau korang nak pi vacay sama macam Naa better untuk first day tu tapau lah nasik ke ape ke dari rumah. Bila sampai sana makan ramai2 syokkkkkkk wei. Untuk hari second tu, kalau korang menginap kat sini pagi2 ada orang jual nasik bungkus and harga dia tak mahal macam kat kafe lah. So pagi tu boleh makan nasik bungkus. Biasanya hari ni korang akan pergi snorkeling dan bot akan berhenti makan dekat perkampungan nelayan untuk lunch. Kat sini harga makanan murah dan korang boleh la beli terus untuk makan malam. Tapi Naa tak beli lebih pon sebab malam tu kami memang tempah BBQ. Malam last dah kan.
Okay ni masa malam, kami makan BBQ. Cam biaso, boleh makan sampai puas. Tapi sotong tak puas makan lagi dah habis. Untuk lauk lain macam ayam dan ikan banyak la lebih. So makan jelah yang tu.
3. BAWAK SELUAR YANG SESUAI UNTUK SNORKELING (ESPECIALLY GIRLS)
Untuk snorkeling, jangan pakai seluar besar. First, sama je pakai seluar besar atau kecik masa snorkeling akan nampak bentuk badan jugak sebab basah.
.....................................................................TAPI.....................................................................................
Bila pakai seluar besar, akan terselak sampai peha bila masuk dalam air dan snorkeling. Trust me, you wont regret this in the future.
(Credit Source : Google)
Okay, kalau Naa, i will wear legging and then pakai skirt pendek untuk cover bahagian atas sebab lepas snorkeling nak pi makan dekat jeti so tutup aurat sikit kalau cover yang bahagian atas yelah ferrari kan semua orang nak tengok hihi.
0 Comments