My labour start two days sebelum bersalin, I masa tu dah overdue dua hari, agak risau tapi lebih kepada excited nak jumpa baby. Almaklumlah, first baby, the excitement tu memang lain macam. Walaupun ramai cakap umur 23 dah ada baby macam terlalu awal, well not for me, to be honest, I am more than ready to be a mother. Since I dah kahwin sejak umur 20, I prepare few years to study and masuk kelas parenting. Since I dah overdue, pelbagai exercise I buat untuk bagi baby keluar which at the end, I macam redha dan pasrah, baby will come out when he’s ready.

02 AUGUST 2021

Pagi tu I tengah lipat kain, then rasa macam perut memulas sikit. I pon install apps contraction untuk tengok sejauh mana contraction tu. Takut false contraction pun ye jugak. Then rasa tu masih bearable, so I tahan aje la. Jujur cakap, tak takut langsung, memang penuh excited nak sambut baby keluar. Sehari I macam tak selera sangat nak makan, I kept recording my contraction dalam apps, then masa Maghrib, I keluar mucus plug (lendir darah) dia macam lendir yang banyak dan pekat, tak cair. So I think betul lah nak bersalin dah ni, I video call dengan my parents dulu sambil packing2. Pukul 8 I suruh my husband belikan pizza sebab tak selera nak makan, selera nak makan pizza aje.

Last pizza sebelum masuk ward

Pukul 10 my husband hantarkan pi Hospital. Masa tu masih lagi pkp jadi kedai pukul 10 dah tutup. Malam tu pulak hujan lebat, sejuk nau rasa. Sakit contraction I makin kerap tapi bearable la, kadang I rasa macam drama je lebih sebab husband I ada kat sebelah haha. Dah sampai hospital, tunggu turn untuk daftar masuk ward dan nurse nk check bukaan dulu. Bila check, doctor kata bukaan baru 1 cm, dia tanya nak masuk ward ke nak balik. I decide untuk masuk ward sebab dari rumah ke hospital, jarak dalam 15 minit. Both of us dua2 takde pengalaman, jadi lebih baik la duk dekat hospital, at least ada doctor dan nurse yang menjaga. I settle check in ward dalam pukul 2. Cewah dah macam hotel kau hahahaha.

03 AUGUST 2021

Semalaman I sakit perut, tapi bearable la, masa ni I takde fikir pape. Sebab sakit, tak dan nak fikir suami ada ke takde, dia mesej pon I tak layan hahaha. Bila pagi, ada doctor datang check, dia cakap

“Puan, kalau sakit bagitau tau, kita bagi ubat, jangan duk tahan je nanti takde tenaga nak bersalin”

And I macam, eh ada ubat rupanya, nasib baik datang hospital. I mintak dengan nurse nak ubat tahan sakit, dia datang check jantung baby okay, dia pon cucuk ubat. Ya Allah, masa tu I bersyukur sangat sebab decide nak duk dalam ward. I tidur dengan tenang ye sehari tu. Tapi tiap 3 jam I pi check bukaan.

katil betul-betul depan toilet (selesa gila ward)

Ramai orang cakap kena seluk ni sakit, tapi bagi I tak sakit pon. Doktor yang check mula2 sebelum admit ward je sakit dia buat, bila nurse dalam ward buat, tak sakit langsung. Memang terbaik ya nurse kat hsnz, lembut aje seluk. Tak sakit, cuma adalah tak selesa sikit. Tips dia, jangan kemut. You buat biasa aje, works like magic! My husband kejap2 tanya, tapi masa tu I memang taknak pape. Nak beranak aje.

6.23 petang

I baru bangun tido, terus pi check bukaan, then nurse kata dah 7 cm, boleh siap2 nak masuk labour room, nurse suruh bawak bedung, baju dan pampers. Itu aje, nurse pesan, jangan teran, tahan dulu. Dia suruh call husband. I masa tu malas nak bercakap hahaha, I whatsapp aje dia. Dah masuk labour room, check bukaan, nurse kata baru 5 cm, tak boleh beranak lagi, jangan teran. I nak cakap yang masa ni paling sakit, masa ni, I janji macam2 dengan tuhan. Taknak derhaka dekat mak, taknak buat dosa. I Cuma harap I boleh keluar dari labour room masih bernyawa aje, nurse bagi I sedut gas entanox tu. Nasib baik sebelum ni I banyak join antenatal class, I tau cara nak sedut gas tu. Sedikit sebanyak ada la kurang sikit rasa sakit tu, tapi I masih beringat untuk tak terlebih sedut takut terlelap orang kata. Then pukul 9 macam tu keluar la my baby. Fuhhhh lepas keluar I macam eh doctor ni takde gunting ke, sebab orang kata first time beranak biasa doctor gunting (episiotomy). Ada gunting sebenarnya tapi sakit contraction tu dah mengatasi semuanya, jahit pon I tak rasa sangat. Doktor yang jahit I, sangat teliti yalls lama gila jahit, I dah gigil sejuk. Then pukul 12 macam tu I keluar daripada labour room. Fuhhh done beranak! Takde benda lain yang mampu diungkap, Alhamdulillah, dah ada anak dan Alhamdulillah aku hidup lagi.

Umar Haziq Bin Mohd Ikhram
    

04 AUGUST 2021

Bihun dan air teh o paling sedap atas muka bumi

I nak cakap yang ni adalah makanan yang paling sedap I makan, semua makanan  yang hospital bagi I bedal, takde pantang2, yang duk kata bentan lah apa lah, boleh rujuk episod Tanya Dr Imelda, I refer situ aje. Kalau tak elok, takkan la hospital bagi, wheres the logic haha. I admit ward lagi sehari, doktor kata nak pantau I sebab first baby takut bleeding kat rumah. Jadi I stay hospital sehari lagi, I tidur puas2 hari tu. Mandi lama gila haha sebab sejak masuk ward I tak mandi, I tak terfikir nak mandi, fikir sakit aje haha. 

First selfie lepas beranak

Alhamdulillah. 5 August I balik rumah. Terima kasih HSNZ, walaupun bayar RM1 aje, tapi dah macam bayar rm100 satu malam, sangat selesa, makanan sedap, staff baik2 dan sejuk. Kalau ada rezeki, nak beranak kat sini lagi. Missing the moments. 








0 Comments