KERTAS KERJA
KEJOHANAN BOLA JARING
PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH TANAH MERAH






1.0 PENGENALAN
Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru itu, dasar ini memberi peluang  kepada setiap murid melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Pihak sekolah merancang dan melaksanakan misi merancang permainan Bola Jaring dengan mengemukakan program perkembangan bakat murid dan membina potensi ke arah kecemerlangan.
Sekolah Kebangsaan Kulim menyedari permainan Bola Jaring amat diminati oleh murid-murid di sekolah ini. Justeru itu, unit sukan sekolah ini mahu memberi pendedahan sewajarnya kepada murid agar dapat mengembangkan bakat dan potensi mereka dalam permainan Bola Jaring. Sukan terutamanya permainan Bola Jaring memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu khusus untuk wanita. Melalui permainan ini, murid-murid  bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan, semangat kesukanan serta disiplin diri.
Pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Kulim akan meningkatkan corak pengurusan sukan di sekolah ini dengan mengadakan kejohanan bola jaring peringkat sekolah rendah daerah Tanah merah. Adalah menjadi hasrat  khususnya sekolah ini, untuk melahirkan murid-murid yang berkualiti di samping mempunyai pengalaman yang luas sebagai persediaan untuk bersaing  di dunia yang sebenar. Penglibatan murid-murid dalam pelbagai kegiatan berfaedah di sepanjang tempoh persekolahan terutamanya permainan bola jaring, selain pembelajaran wajib adalah diharapkan dapat membantu mencapai kecemerlangan dalam sukan ini.

2.0 TUJUAN
Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid bawah 12 tahun tentang permainan bola jaring dan seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk bermain bola jaring dalam situasi permainan yang sebenar.


3.0 RASIONAL
a) Menggalakan murid menceburkan diri secara aktif dalam permainan bola jaring
b) Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah
c) Merupakan persediaan awal murid sebelum menghadapi ke pertandingan luar di peringkat daerah.

4.0 OBJEKTIF
i) Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid-murid dalam sukan bola Jaring.
ii) Dapat memilih pemain-pemain yang berbakat dan berpotensi untuk mewakili sekolah dalam Kejohanan Bola Jaring .
iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
iv) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat di kalangan murid.
v) Mendekatkan ibu bapa / penjaga dengan sekolah melalui sukan.

5.0 PELAKSANAAN
Tarikh             : 8 Julai 2018
Masa              : 8 pagi – 5 petang
Tempat          : Padang sekolah SK Kulim
Penganjuran : Sekolah Kebangsaan Kulim
            Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah

6.0 SASARAN
Terbuka kepada murid perempuan sekolah rendah daerah Tanah Merah.

7.0 UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN
7.1 Undang – undang pertandingan adalah seperti di lampiran 4
8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN
Rujuk lampiran 1
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk lampiran 2

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar Kertas Kerja Kejohanan  Bola Jaring  Peringkat Sekolah Rendah Daerah Tanah Merah yang dicadangkan ini mendapat kelulusan penuh daripada Ketua Unit Sukan, JPN Kelantan dan akan dilaksanakan sebagaimana fasa cadangan.


Disediakan oleh,


_____________________
( FATIN SABRINA BINTI SANUZI )                                                                Tarikh : 10 APRIL  2018
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Kulim
Tanah Merah, Kelantan.



LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN
Penasihat               : PPD Tanah Merah
Pengerusi               : En. Abdul Khalid bin Mahmood (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1   : Pn. Fatin Sabrina binti Sanuzi (GPK Koku)
Naib pengerusi 2    : Siti Meriam binti Abdullah (GPK 1)
Naib pengerusi 3    : Pn. Maslinda Binti Mahmud (GPK HEM)
Setiausaha              : Pn. Laila binti Mohamed Nor
Naib setiausaha      : En Haffizul bin Jusoh
Bendahari                : Pn. Rosliza binti Md Zain
Jawatankuasa kecil :  PENDAFTARAN PESERTA
En. Mohd Amin bin Setapa
Cik Nur Ayuni Binti Ahmad
PENGADIL
Semua jurulatih pasukan yang bertanding
PENJAGA MASA
Pn. Azizah Binti Ibrahim
HAKIM PENCATAT MARKAH
En. Muhd Ikhram bin Muhd Rauzilan
HADIAH DAN SIJIL
En. Muhammad bin Jusoh
PERALATAN
En. Wan Hanafi bin Wan Umar
JURUGAMBAR DAN DOKUMENTASI
En. Muhd Waffi bin Rapeia










LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan ditanggung oleh PPD.

BIL
PERKARA
KUANTITI
RM
1.
Sijil penyertaan peserta/jurulatih/pengurus pasukan
200 keping
150.00
2.
Air minuman
Rm20 x 2 kotak
40.00
3.
Trofi (tempat 1,2 dan 3)
RM10 x 3
30.00
4.
Jam Randik
2
20.00
5.
Net bola jaring
2
15.00
6.
Bola Mikasa
2
20.00
7.
Pam
2
26.00
      JUMLAH
RM 301.00













LAMPIRAN 3

ATUR CARA PROGRAM

8.00 pagi  : Pendaftaran peserta
9.00 pagi  : Taklimat ringkas jurulatih dan pengurus pasukan
9.20 pagi  : Permainan bola jaring bermula
12.30 tengah hari : Rehat
2.00 petang :  Permainan bola jaring peringkat akhir
5.00 petang : Permainan tamat
Penyampaian hadiah















LAMPIRAN 4

PERATURAN DAN SYARAT KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH TANAH MERAH

1.0 Pelaksanaan Pemilihan Wakil Pasukan Bola Jaring :

Tarikh : 8 Julai 2018
Tempat : Padang SK Kulim
Sasaran murid : Perempuan 12KTB
Jumlah Pemain : 7 orang pemain, 3 simpanan
Kriteria Pemilihan : 1. Juara kejohanan secara automatik menjadi wakil daerah ke peringkat
bahagian.
  2. Sistem pertandingan berdasarkan permainan kalah mati. (sebarang     
      akan dimaklumkan)


2.0 Syarat Penyertaan 
1. Pertandingan terbuka kepada semua sekolah rendah daerah Tanah Merah.
2. Setiap sekolah menghantar satu pasukan bola jaring masing-masing.
3. Jumlah pemain tidak kurang daripada 7 orang dan tidak melebihi 10 orang pemain.
4. Borang penyertaan mestilah dihantar kepada pihak penganjur sebelum atau pada 14 Februari 2014.
5. Pihak penganjur berhak meminda syarat penyertaan dengan memaklumkan terlebih dahulu kepada semua pasukan.
6. Tiada yuran penyertaan dikenakan.


3.0 Syarat Pertandingan 

1. Pendaftaran/Pembentukan Pasukan
1.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai tidak lebih daripada 10 orang pemain
2. Cara memutuskan Keputusan:
2.1 Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem “Kalah-mati”
3.Jika pasukannya berakhir dengan seri, maka keputusan pemenang akan ditentukan melalui :
3.1 Apabila tamat masa permainan, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta merta dan akan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama 5 minit tanpa rehat.
3.2 Undang-undang yang meliputi hantaran tengah dan penggantian sepertimana terdapat dalam Buku Undang-Undang Permainan akan dilaksanakan.
3.3 Setelah masa tambahan lima minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama 5 minit lagi tanpa rehat.
3.4 Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan dua (2) minit kedua tamat, maka permainan akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.


4. Pakaian :

4.1 Pakaian seragam (Bibs) yang didaftarkan hendaklah dipakai termasuk huruf-huruf yang menunjukkan posisi-posisi bermain di hadapan dan belakang dan terletak di atas pinggang dengan ukuran 150mm (6inci) tinggi. Huruf-huruf berikut hendaklah disematkan di hadapan dan belakang pemain:
GS – Goal Shooter (Penjaring gol)
GD – Goal Defence (Penahan gol)
GK – Goal Keeper (Penjaga gol)
GA – Goal Attack (Penyerang gol)
WA – Wing Attack (Penyerang Sayap)
WD – Wing Defence (Penangkis Sayap)
C – Center (Pemain tengah)
      4.2 Sebarang perhiasan atau barang kemas tidak boleh dipakai. Kasut pepaku seperti spike shoes tidak boleh dipakai. Kasut atau but yang diperbuat daripada bahan ringan boleh digunakan. Selain itu pengadil harus memastikan kuku pemain dipotong sebelum bermain.
      4.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa bibs masing-masing.


5. Kelewatan:

5.1 Hanya 5 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu, pihak lawan akan diberi kemenangan percuma.


6. Tempoh bermain :

6.1 Pertandingan ini mengambil masa 30 minit untuk satu perlawanan. Tempoh permainan 15 minit diperuntukkan dan diselang masa rehat 3 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau berlakunya kecederaan.
7. Keputusan hakim adalah muktamad (Sebarang pindaan akan dimaklumkan kelak) 














LAMPIRAN 5:



SEKOLAH KEBANGSAAN KULIM
                                                                            Ruj. Kami : SKK. 07/02/3
                            

                                                                                                                                Tarikh: 25 MEI 2018

Tuan/Puan,

MESYUARAT  PERTAMA  AJK KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH TANAH MERAH

Sukacita dimaklumkan, mesyuarat tersebut akan diadakan sebagaimana maklumat berikut.
HARI : Isnin
TARIKH : 25 Mei 2018
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Sk Kulim
MASA     : 2.00 petang-3.00 petang

2.    Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

2.1       Ucapan Pengerusi
            2.2       Pembentangan aturcara program
            2.3       Hal-hal lain.

3.  Moga pihak tuan/puan dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan agar perbincangan dan keputusan mesyuarat dapat memberi kebaikan untuk kecemerlangan anak-anak didik sekolah ini. Dengan kehadiran tuan/puan itu didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, terima kasih.

’BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang menurut perintah,

______________________
( FATIN SABRINA BINTI SANUZI)
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Kulim,
Tanah Merah, Kelantan.






LAMPIRAN 6
            _______________________________________________________________________
                                                                                            Bil. Ruj. Tuan  :
                                                                                         Bil. Ruj. Kami : JBA 7008.37/700-1/2/1(9)
                                                                     Tarikh              : 10 April 2018

Kepada,
Tuan Pengarah Hospital Tanah Merah,
Hospital Tanah Merah,
17500, Tanah Merah,
Kelantan.

Tuan,

MAKLUMAN KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH TANAH MERAH

Salam hormat, sukacita dimaklumkan bahawa warga SK Kulim akan mengadakan program seperti tersebut di atas.

2. Untuk makluman tuan program tersebut akan diadakan seperti butiran dibawah:
     Tarikh    : 8 Julai 2018
     Hari        : Ahad
     Tempat   : Padang SK Kulim
3. Sehubungan itu, diminta kerjasama pihak tuan agar dapat membantu sekiranya terdapat sebarang kesulitan yang terjadi sepanjang program tersebut dijalankan.
4. Kerjasama daripada pihak tuan diucapkan terima kasih.Sekian,  untuk makluman dan tindakan pihak tuan.

 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

................................................................................
( FATIN SABRINA BINTI SANUZI)
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Kulim,
Tanah Merah, Kelantan.










LAMPIRAN 7

MINIT MESYUARAT KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH TANAH MERAH


Sekolah Kebangsaan Kulim
17500, Tanah Merah,
Kelantan

MINIT MESYUARAT KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH TANAH MERAH 2018


Tarikh : 26 April 2018 (Isnin)
 Masa : 2.00-4.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Kulim

Kehadiran :

1. En. Abdul Khalid bin Mahmood (Guru Besar)
2. Pn. Fatin Sabrina binti Sanuzi (GPK Koku)
3. Siti Meriam binti Abdullah (GPK 1)
4. Pn. Maslinda Binti Mahmud (GPK HEM)
5. Pn. Laila binti Mohamed Nor
6. En Haffizul bin Jusoh
7. Pn. Rosliza binti Md Zain
8. En. Mohd Amin bin Setapa
9. Cik Nur Ayuni Binti Ahmad
10. Pn. Azizah Binti Ibrahim
11. En. Muhd Ikhram bin Muhd Rauzilan
12. En. Muhammad bin Jusoh
13. En. Wan Hanafi bin Wan Umar
14. En. Muhd Waffi bin Rapeia


Agenda Mesyuarat:

1.0 UCAPAN PENGERUSI
2.0 PELAPORAN JAWATANKUASA KEJOHANAN BOLA JARING
3.0 PERBELANJAAN
4.0 ASPEK KESELAMATAN
5.0 ATURCARA PRORAM
6.0 MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL PENYERTAAN PERTANDINGAN
 7.0 HAL-HAL LAIN

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Ucapan salam sejahtera dan terima kasih dari Guru besar selaku penasihat.
1.2 Ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir oleh pengerusi Kokurikulum.
1.3 Menyatakan tujuan mesyuarat bagi mendengar perlaporan persedian jawatankuasa aktiviti sukan dan permainan
Tindakan : Makluman


2.0 PELAPORAN JAWATANKUASA KEJOHANAN BOLA JARING
 2.1 Setiap jawatankuasa membentangkan pelaporan mengenai persediaan yang telah dibuat dan membincangkan masalah-masalah yang timbul.
 Tindakan : Makluman

3.0 PERBELANJAAN
3.1 Bendahari membentangkan anggaran belanjawan.
3.2 Perbelanjaan diluluskan dalam mesyuarat bersama ini.
Tindakan : Makluman

4.0 ASPEK KESELAMATAN
4.1 Minta guru penasihat memastikan bahawa peserta pertandingan tidak mengalami kecederaan.
4.2 Pengerusi meminta semua guru akan mengutamakan aspek keselamatan ini sepanjang program berlangsung.
Tindakan : Makluman

5.0 ATURCARA PROGRAM
5.1 Setiap jawatankuasa melaporkan pencapaian target mereka.
Tindakan : Makluman

6.0 MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL PERTANDINGAN KEJOHANAN
6.1 Guru Besar sendiri akan turun padang dan merasmikan majlis penutup.
Tindakan : Makluman

7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Pengerusi berharap segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang.


Disediakan oleh,                                                                             Disahkan oleh
                          
 …………………………………...                                                     ………………………………                                             
( FATIN SABRINA BINTI SANUZI)
Setiausaha sukan dan permainan,
Sekolah Kebangsaan Kulim,
Tanah Merah, Kelantan.









LAMPIRAN 8
KEHADIRAN MESYUARAT KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH TANAH MERAH
TARIKH : 26 April 2018  (Isnin)
MASA : 2.00-4.00 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SKK
BIL
NAMA
T/T
CATATAN
1
En. Abdul Khalid bin Mahmood


2
Pn. Fatin Sabrina binti Sanuzi


3
Siti Meriam binti Abdullah (GPK 1)


4
Pn. Maslinda Binti Mahmud (GPK HEM)


5
Pn. Laila binti Mohamed Nor


6
En Haffizul bin Jusoh


7
Pn. Rosliza binti Md Zain


8
En. Mohd Amin bin Setapa


9
Cik Nur Ayuni Binti Ahmad


10
Pn. Azizah Binti Ibrahim


11
En. Muhd Ikhram bin Muhd Rauzilan






LAMPIRAN 9

BORANG PENYERTAAN BOLA JARING
NAMA SEKOLAH :
PENGURUS PASUKAN :
KETUA PASUKAN : 
BIL
NAMA PEMAIN
SIJIL LAHIR/ NO KP
POSISI
1.



2



3.



4.



5.



6.



7.



8.



9.



10.








LAMPIRAN 10
BANTING KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAERAH TANAH MERAH
 










PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim.
            Alhamdullilah,bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, En. Mohd Zaid Bin Yusuf kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini. Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
            Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.
Terima kasih.








  


0 Comments