Welcome to my labour story, again! So my edd (expected due date) adalah pada 7 July 2023. So I decide untuk ambil cuti awal seminggu sebab alang - alang sebelum tu memang sekolah cuti Raya Aidil Adha.
So, pada 3 July 2023, kitorang gerak lah ke Terengganu (daripada Kelantan). Sambil2 tu menikmati celup tepung dan angin pantai yang sangat dirindui tu. I bring along my younger brother untuk jaga Umar bila I nak bersalin nanti.
Jadi tibalah kami ke homestay ladang Tok Pelam. Tuptup tuan rumah tak jujur pulak, katanya semua living room dan bilik ada aircond, tapi hampeh, master bedroom je ada aircond, rumah kitorang pun ada aircond kat living room, baik duk rumah je daripada kena bayar RM200 satu malam, so kitorang decide duduk situ satu malam je. Esoknya check out. Honestly, I love the homestay. Dekat dengan hospital, dari tingkap boleh nampak hospital tapi tu lah takde rezeki!
The next day, kitorang check in dekat homestay baru which is HATI PLACE Homestay. Mak love sangat!Love everything about this place. Terus cakap dekat owner dia, Encik Muhammad nak duduk sampai bersalin. Owner dia sangat lah baik, tak berkira. Jom I belanja few pictures of the house.
So, 4 July 2023 masih steady. Baby belum mahu keluar, dah agak dah nampaknya baby kali ni overdue lagi. Jadi enjoy je menikmati perut buncit di saat2 akhir. Jalan2 dengan family dulu di Terengganu Tercinta.
7 July 2023 Masih lagi takde tanda2 baby nak keluar. Dah agak stress, so I kononnya cuba naturally induced my baby, but you know what! Nothing works hahaha.
8 July 2023 I feel so frustrated, ingat takde rezeki dah nak bersalin di Terengganu sebab dah lebih seminggu duk sini, masih belum bersalin. So, I pergi mandi kolam dan macam give up dah.
9 July 2023 (Finally, contraction dah datang, yahoo!) My husband keeps checking on me, camne sakit tak? Dah boleh pi hospital tak? I start rasa mild contraction pada pukul 10 pagi. Then I waited for few hours sebab takut dia main2 je. Then sampai Zohor macam tu dah start regular. Contraction tu dah consistent dan start ada bloody show. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami. Rasa nak nangis because I know sikit je lagi I nak jumpa Aisyah Dahlia.
(Last meal sebelum pi hospital, 2:18pm) Makan nasik lauk ikan yang my husband belikan sebelum pi hospital. Tekak dah lalu nak telan, masa ni Umar dah nak tido, so I tidokan dia dulu takut dia nangis tengok kitorang tinggalkan dia. Awh masa ni rasa sedih sangat nak tinggalkan Umar. Risau takut ni adalah kali terakhir boleh tengok dan jumpa dia. Beranak ni kan, antara hidup dan mati... Ya Allah, bila dah ada anak ni, risau kalau kita mati dulu, takde orang boleh jaga dan sayang anak kita sama macam kita (tengah nangis sambil tulis).
Naa beli bluetooth earphone ni dekat Shopee (5:00 pm) Sampai hospital, check semua Dr cakap dah ada bukaan 4cm. So I jalan2 kat situ sambil dengar zikir ni. I bawak bluetooth earphone untuk tenangkan diri dan layan contraction. Not to forget, whatsapp my family update itu ini sebab diorang memang setiap masa tunggu I bersalin (sorry saya memang manjah haha).
Then masuk ward, I dah plan dah nak mintak ubat tahan sakit bila masuk ward. Tapi misi tak kasi. Misi kata tadi masuk dah 4 cm, bila2 je boleh bersalin ni. So I macam okay lah misi sebab saya sakit sangat ni. Then misi kata, okay kalau sakit sangat nanti bagitau, kita check jalan. Dua2 kali bersalin, I tak pernah sakit masa check bukaan. Caranya, jangan kemut, keraskan dan relaxkan kepala otak yang suka overthinking tu haha. Buat biasa je, baru tak sakit.
8.37 pm Ingat, kena selalu bersangka baik kepada Allah. Minta dan doa pada dia, jangan overthinking itu ini, bagi saya, apa yang kita fikir, itulah yang akan berlaku. Check bukaan, 6 cm, nurse kata boleh masuk labour room. Call husband suruh datang.Pukul 9 lebih suami saya sampai. Nak dekat pukul 10 baru dia masuk dalam labour room. I asked him, macam mana rasanya duk dalam labour room? Dia kata cuak jugak. Okay I must admit bersalin sorang atau ada suami teman, tak jauh bezanya. Sakit tetap sama, cuma kalau suami tak teman, genggam palang katil, kalau suami ada, genggam tangan suami arrr gittew but still I prefer genggam tangan suami hahahaha. Since sakit tu dah sangat high, I asked for entonox gas. Masa ni takde doctor atau nurse offer pun, but since I dah ada pengalaman dan dah ada buat revision sebelum ni, I asked for it. One thing is, korang kena belajar cara yang betul untuk sedut gas tu, bukan tiap masa kamu sedut nanti tak berkesan sangat dan mungkin korang akan jadi too high, atau mengantuk sangat tak larat nak teran. Cara saya, bila start rasa contraction nak datang, I will sedut sedalam2 nya. Then rest. Lepastu, korang kena belajar teknik pernafasan semasa contraction. Sebelum ni, I ada buat teknik pernafasan yang tarik ikut hidung hembus ikut mulut tu but it does not works on me. Bersalin kali ni, saya ikut teknik pernafasan macam Siti Jamumall share. Korang google je, nanti akan keluar video dia. It really helps to reduce contraction pain (bagi saya lah). Disclaimer: teknik ni menjadi bagi saya, belum tentu menjadi bagi kamu. Then, datang lah Nurse yang sangat professional menyambut kelahiran baby kami. So I just follow her instruction. Dia suruh teran, I teran. Dia suruh stop, I stop. Then thats it. Keluarlah seketul Aisyah Dahlia pada pukul 10:18 malam. I baru nak bagitau dalam whatsapp, hmmmm my aunts dah bagitau dulu hahaha. Banyak kabel, sempat dia dulu update ws sebelum saya ye hahahaha.
Okay, ambik cuti awal tu memang digunakan dengan sangat baik. I really prepare my body and mind untuk bersalin. Balik je kampung, I berurut dua kali sebelum bersalin. Once a week. Then sampai Terengganu, I squat, I walk dan rehat banyak2. I know lepas ni, nak rehat dah susah. Not to forget, I banyak buat perineum massage. Ramai cakap its too late kalalu buat hujung2, but you know at least I try dan Masha Allah, sungguh tak sangka Allah makbulkan doa nak bersalin tanpa koyak dan jahit. Berbaloi datang nesting di Terengganu.
Overall, we spent almost 4k+ untuk homestay dan perbelanjaan di Terengganu. Jujur cakap, the money is almost beranak dekat hospital swasta di Kelantan. But still, after discussing with my husband, lebih baik spend duit lepak di Terengganu seminggu daripada sehari di hospital swasta. Paling syok sebab kepakaran misi di Terengganu ni, I can deliver my baby tanpa koyak dan jahit tau! Belum tentu lagi I can have this experience kalau bersalin di Hospital Swasta.
Pagi keesokkanya, lepas dr round semua, dah boleh discharge. Kitorang tak bayar pape pun, its free sebab I ic Terengganu. I love Terengganu!!!!! Jadi sekian sajalah, admit ward pukul 5 petang, esoknya pukul 1 dah boleh balik. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, tapi walaupun bersalin tanpa koyak dan jahit tapi sakit tetap sakit, Ya Allah, terima kasih sebab izinkan hambamu yang hina ini bernyawa lagi. Okay, anything you want to know or ask, please comment okay. Lots of love!

0 Comments