1.0 PENGENALAN
Setiap tamadun mempunyai nilai-nilai universal tersendiri yang membezakan diantara satu sama lain. Disebabkan wujudnya perbezaan inilah maka timbulnya interaksi di antara tamadun. Pembangunan sesebuah tamadun tidak dapat dinafikan mempunyai kaitan yang sangat rapat diantara satu sama lain (Mohd Abdullah,Kamal Kamaruddin, & Ahmad Sohaimi Lazim, 2009). Manusia tidak akan mampu dan tidak mungkin hidup berasingan tanpa wujudnya masyarakat.

Justeru itu, manusia perlu hidup bersosialisasi untuk berinteraksi dan membentuk kelompok manusia bagi memenuhi keperluan hidup dalam ekonomi, politik, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Proses interaksi berterusan antara tamadun merupakan aset penting dimana hubungan manusia dapat dikekalkan untuk kelangsungan dan kemajuan sesuatu tamadun (Zawiyah Mat & Mashitah Sulaiman,2007).

Dalam penulisan ini, akan dipaparkan satu penulisan kritis dimana kepelbagaian tamadun Asia dalam aspek sosio budaya dan pendidikan akan dibandingkan. Bukan itu sahaja, malah nilai-nilai universal diantara tamadun tersebut juga akan dibanding bezakan. Perbandingan ciri-ciri tamadun berikut akan dihuraikan dengan jelas bagi setiap sebab yang ditampilkan.

       2.0 PERSAMAAN ANTARA TAMADUN

2.1 PENDIDIKAN 
Tamadun Melayu, India dan Cina amat mementingkan pendidikan. Ketiga-tiga tamadun ini 
menekankan aspek pendidikan. Hal ini demikian kerana ia bertujuan untuk membentuk 
peribadi seseorang individu agar dapat menjadi seorang warga yang berilmu. Dalam 
tamadun Melayu, terdapat kewujudan sekolah-sekolah pondok yang dibina bagi tujuan 
pendidikan. Manakala dalam tamadun India pula, pendidikan tinggi diberikan di Kolej B
rahman.

Oleh itu, tugas menyampaikan ilmu dianggap sebagai satu tanggungjawab yang mulia oleh ketiga-tiga tamadun ini. Oleh yang demikian, dimensi Inner-Being dianggap sebagai sesuatu yang sangat penting dalam konsep pendidikan Islam di tamadun Melayu, Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain (Sazelin Arif, Noraini Sulaiman, & Rafizar Muhd Rawi, 2007). Apa yang ketara persamaan dalam aspek pendidikan yang dapat dianalisa adalah tujuan pendidikan dimana ia bertujuan untuk pembentukan peribadi seseorang individu.


2.2 SOSIO BUDAYA

Budaya dan tamadun memiliki perhubungan yang rapat kerana wujudnya budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji merupakan petanda bahawa mereka mempunyai kehidupan yang bertamadun (Esa Khalid, Abdul Hamid & Mohd Azhar, 2005). Terdapat persamaan antara tamadun ini dari segi budaya makan. Masyarakat tamadun-tamadun ini menjadikan gandum sebagai makanan harian mereka.

Hal ini demikian kerana setiap tamadun terpaksa menerima perubahan dan pengubahsuaian apabila berlakunya emigrasi dan perluasan empayar. Selain itu, dalam aspek kemasyarakatan pula, setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk saling hormat menghormati kepada satu sama lain. Setiap ahli masyarakat perlu bersama-sama menjaga kebajikan dan menyokong satu sama lain.

Antara contoh budaya adat yang wujud dalam tamadun India dan Melayu adalah adat yang dibuat  terhadap wanita yang hamil  anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan iaitu adat valaaikaapu bagi masyarakat Idndia dan adat melenggang perut bagi masyarakat Melayu.

      
     3.0 PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

3.1 PENDIDIKAN
Dalam aspek pendidikan, terdapat perbezaan mengenai cara untuk mencapai transformasi dalam melahirkan individu yang berpotensi tinggi. Dalam ajaran Islam yang terdapat di tamadun Melayu, persoalan tauhid merupakan aspek yang memainkan peranan yang penting untuk memperoleh kejayaan dalam transformasi manusia (Zakaria Idris, 2012).  Hal ini dapat dibuktikan apabila selepas kedatangan Islam di tamadun Melayu, surau, madrasah dan istana memainkan peranan penting yang bertindak sebagai pusat pendidikan sejak zaman Pasai, Acheh dan Melaka.

Manakala dalam tamadun India dan Cina pula, mereka mengatakan bahawa transformasi pusat akan dicapai melalui proses mencari diri sendiri (Halimi Jelani, 2008). Dalam tamadun India pula, pendidikan mereka sangat mementingkan aspek keagamaan. Bukan itu sahaja, pendidikan hanya didominasi oleh golongan lelaki. Dalam pendidikan di tamadun India, kaum wanita tidak diberi peluang untuk turut serta.


3.2 SOSIO BUDAYA

Perbezaan agama menyebabkan lahirnya perbezaan budaya. Terdapat beberapa perbezaan antara tamadun-tamadun ini. Antaranya adalah dalam budaya makan yang terdapat dalam tamadun-tamadun berikut. Dalam tamadun Melayu, terdapat konsep halal dan haram dimana mereka membenarkan segala jenis makanan dan minuman kecuali makanan yang haram seperti arak dan daging khinzir.

Dalam tamadun India pula, penganut Hindu tidak dibenarkan untuk memakan daging lembu. Dalam tamadun Cina, ajaran agama-agama lain menekankan supaya berusaha untuk mewujudkan hubungan kekeluargaan dan masyarakat seperti Confucius. Walhal, dalam agama Islam, matlamatnya adalah bertujuan untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan Allah swt. Perbezaan budaya ini dapat kita perhatikan berlaku kerana wujudnya perbezaan agama yang mempengaruhi cara hidup masyarakat yang berada di tamadun yang berlainan.

Selain itu, perbezaan yang dapat dilihat adalah dari segi pembentukan masyarakat. Dalam tamadun Melayu, mereka mementingkan kasih sayang, bertolak ansur dalam perhubungan dan sama rata antara satu sama lain. Dalam tamadun Cina pula, sistem kelas dalam masyarakat ditentukan oleh tahap pendidikan serta kemahiran. Manakala dalam tamadun India pula, sistem kasta akan menentukan pekerjaan serta layanan kepada individu. Golongan yang berada dalam sistem kasta yang rendah akan diberi layanan yang tidak elok kerana dipandang hina oleh golongan kasta tinggi. Bukan itu sahaja, malah perkahwinan diantara kasta yang berlainan juga tidak digalakkan.


4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kita dapat membuat konklusi bahawa terdapat beberapa persamaan dan perbezaan
yang dapat dilihat diantara tamadun Melayu, Cina dan India. Tamadun-tamadun ini mempunyai
kelebihan dan kekurangan masing-masing mengikut cara mereka. Kewujudan pelbagai budaya dan
aspek pendidikan membantu kita untuk memilih dan menilai sendiri sejauh mana keberkesanan cara
yang dipraktikkan.

Kita perlulah menghormati perbezaan yang terdapat dalam tamadun masing-masing agar keadaan kekal harmoni dan sentosa. Kebolehan untuk menerima perbezaan dalam kehidupan akan membantu kita untuk memiliki minda yang lebih terbuka pada masa yang akan datang. Budaya merupakan kekuatan paling penting bagi integrasi bangsa pelbagai kaum. Oleh itu, kita juga perlulah mempertahankan budaya masing-masing supaya tidak ketinggalan zaman.










RUJUKAN
Esa Khalid., Abdul Hamid, & Mohd Azhar., (2005). Beberapa Aspek Tamadun Melayu, India,
China, dan Jepun. Universiti Teknologi Malaysia.

Halimi Ahmad Jelani., (2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Utusan Publications.

Mohd Abdullah., Mohamad Kamal Kamaruddin., & Ahmad Sohaimi Lazim., (2009). Kenegaraan
dan ketamadunan/Mohd. Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad
Sohaimi Lazim. Oxford Fajar.

Sazelin Arif, Noraini Sulaiman, & Ali Rafizar Muhd Rawi., (2007). Tamadun Islam dan Tamadun
Asia. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: McGraw Hill.

Zakaria Idris., (2012). ISLAM DAN FALSAFAHNYA DALAM KEBUDAYAAN MELAYU (Islam and
Its Philosophy in Malay Culture). Jurnal Hadhari: An International Journal, 91-108.

Zawiyah Mat & Mashitah Sulaiman., (2007). Interaksi budaya India & Cina ke atas pengukuhan
bahasa dalam Tamadun Melayu. Jurnal Pengajian Umum Bil8, 115.

1 Comments

Unknown said…
Terbaikkk.....